Tentang My #HadithTime

TENTANG MY #HADITHTIME

Rasulullah Suri Teladan

My #HadithTime mengajak masyarakat mendekati hadis, memahami pesanan Rasulullah SAW dan menjadikannya panduan dalam kehidupan seharian — bermula daripada diri sendiri, keluarga hingga masyarakat.

Siapa kami?

My #HadithTime ialah inisiatif di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang memberi tumpuan kepada penghayatan hadis dan sunnah Rasulullah SAW.

Bermula pada tahun 2020 sebagai kesinambungan My #QuranTime, My #HadithTime membawa semangat baca, faham dan amal untuk mendekatkan masyarakat dengan panduan al-Quran dan sunnah.

Melalui rancangan studio, perkongsian digital dan pertemuan ilmu, kami berusaha menjadikan pembelajaran hadis lebih dekat, mudah diikuti dan berkait dengan persoalan kehidupan.

Di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) diasaskan oleh Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan bermula pada tahun 2013. Gerakan yayasan ini dipimpin oleh al-Marhumah Puan Marhaini Yusoff sehingga 2026, dengan misi mendekatkan masyarakat kepada al-Quran melalui pendekatan baca, faham dan amal.

Antara kempen dan program yang digerakkan oleh WUIF ialah #QuranHour, My #QuranTime, World #QuranConvention, Soul Fitness, Wacana al-Quran dan Rumah Ngaji. My #HadithTime melengkapkan usaha ini dengan mengajak masyarakat mengenali hadis dan menghayati sunnah Rasulullah SAW.

Misi kami

Membudayakan pembacaan, kefahaman dan pengamalan hadis agar kecintaan kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui akhlak, ibadah dan tindakan.

01

Baca

Mendekati hadis dan mengenali pesanan Rasulullah SAW melalui pengisian ilmu yang tersusun.

02

Faham

Memahami maksud dan pengajaran hadis dengan bimbingan ilmu, serta melihat kaitannya dengan kehidupan.

03

Amal

Mengambil langkah praktikal untuk menghidupkan sunnah dalam ibadah, hubungan keluarga dan tanggungjawab kepada masyarakat.

Perjalanan kami

Sejarah Perjalanan My #HadithTime

Daripada rancangan di kaca televisyen, siri khas Ramadan dan episod digital, hingga penerbitan buku—setiap langkah membawa hadis lebih dekat dengan kehidupan.

2021
BAB 01 · 2021

My #HadithTime 1.0

Perjalanan di kaca televisyen bermula dengan 60 episod di TV AlHijrah. Dr. Ahmad Sanusi Azmi dan Ustaz Husaini Mahmur mengajak penonton memahami hadis seiring penghayatan al-Quran.

Tonton senarai episod
2022
BAB 02 · 2022

Bedah Hadis Edisi Ramadan

Siri khas 20 episod sepanjang Ramadan membawakan perbincangan hadis bersama pelbagai ilmuwan, daripada ibadah puasa hingga amalan seharian.

Tonton senarai episod
2024–2026
BAB 03 · 2024–2026

My #HadithTime 2.0

Rancangan diteruskan dengan 25 episod yang menghubungkan pengajaran hadis dengan persoalan keluarga, hubungan dan kehidupan anak muda.

Tonton senarai episod
2022–2025
Kulit buku Nota My #HadithTimeKulit buku Ramadan Gaya Rasulullah
BAB 04 · PENERBITAN

Ilmu diteruskan melalui buku

Dua judul terbitan Karya Bestari: Nota My #HadithTime (2022) dan Ramadan Gaya Rasulullah (2025).

247 muka surat
Nota My #HadithTime
360 muka surat
Ramadan Gaya Rasulullah

4,845 naskhah terjual
No. 1 bestseller buku Karya Bestari di PBAKL 2022 — Nota My #HadithTime.

Apa yang boleh anda ikuti?

TONTON

Rancangan Studio

Ikuti pengisian My #HadithTime dan Bedah Hadis Edisi Ramadan melalui koleksi rancangan studio.

BACA & KONGSI

Perkongsian Hadis

Terokai poster dan video ringkas untuk membantu anda belajar, mengulang kaji dan berkongsi pengajaran hadis.

SERTAI

Konvensyen My #HadithTime

Temui pengisian konvensyen yang menghubungkan ilmu hadis dengan isu dan keperluan masyarakat.

Ikuti My #HadithTime

Pilih platform kegemaran anda untuk terus mengikuti video, poster dan perkongsian hadis.

YouTube

11.3K subscribers

Instagram

70K followers

Facebook

41.7K followers

Threads

55K followers

TikTok

55K followers

WhatsApp Channel

35K subscribers

Telegram

10K+ subscribers

X

28K followers

Angka followers dan subscribers dibundarkan berdasarkan paparan dan rekod awam yang disemak pada 2 Oktober 2026. Jumlah sebenar berubah dari masa ke masa.

Mulakan dengan satu pengajaran.
Teruskan dengan satu amalan.

Tonton pengisian, baca perkongsian dan sebarkan manfaat kepada orang sekeliling. Anda juga boleh menaja pelajar untuk menyertai Konvensyen My #HadithTime dan membuka ruang buat mereka mendekati ilmu.