🤲 Kempen tajaan tempat ilmuWarisan Ummah Ikhlas Foundation
Sumbang & Taja
Kerusi Ilmu.
My #HadithTime lahir pada 2020 sebagai kesinambungan My #QuranTime – sebuah gerakan di bawah Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) yang membawa misi baca, faham dan amal.
Selepas 6 tahun menyampaikan dakwah hadis menerusi rancangan TV, penerbitan buku & kandungan digital, My #HadithTime kini melangkah ke sebuah konvensyen pertamanya – dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM.
Namun ramai bakal peserta – anak muda di kalangan pelajar dan golongan memerlukan – tidak mampu menampung yuran penyertaan. Di sinilah sumbangan anda menaja kerusi ilmu untuk mereka.
📅 6 Disember 2026 (Ahad)📍 Setia City Convention Centre🕒 8:00 pagi – 4:30 petang